Perkara-perkara yang perlu di
pelajari di dalam dunia fotografi:
Komposisi Asas
Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui
seperti teknik framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang
supaya kemas dan menarik, penggunaan warna di dalam gambar, konsep
keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan
penceritaan sesebuah gambar.
Pemilihan lensa
Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah
gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang
berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens
telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak
digunakan.
Penggunaan ISO
ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir
sama dengan ASA di dalam dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital
mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional
boleh mencapai iso 6400 dan 25600.
ISO rendah, seperti 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang
terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di
gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap.
Teknik Digital Darkroom
Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan
perisian computer seperti photoshop, paint shop pro, gimp dan banyak
lagi. Antara proses yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar,
cropping, dodging dan burning, sharpening, pembetulan contrast,
pembetulan warna dan white balance, penyuntingan kesan-kesan khas dan
sebagainya.
Retouching
Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar seperti
menghilangkan jerawat, membaikpulih gambar lama dan sebagainya.
Gambar Hitam Putih / Monochrome
Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau
dengan menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di
dalam dunia digital.
Filters
Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter
yang paling penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze
di dalam gambar dan boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu,
kelembapan dan juga kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah
Circular Polarizer filter. Filter itu boleh membantu mendapatkan langit
yang biru dan boleh menghilangkan baying-bayang di dalam air.
Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu
kita mengambil gambar secara macro.
Focal Length / Bukaan pandangan
Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan sesebuah
lens dan saiz gambar relative kepada objek. Focal length biasa di
tandakan di dalam millimeter atau mm.
Perisian pengurusan Imej (workflow)
Perisian pengurusan imej adalah seperti: Adobe Lightroom, PhaseOne
CaptureOne, ACDSEE, Adobe Bridge, Microsoft Expression Media 2, DXO dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment